Thursday, July 28, 2011

Dari asas hasilkan banyak paten

Assalamualaikum semua..lama sungguh blog ini ditinggalkan dek kerana kesibukan menjahit langsir, bukan banyak tempahan pun, sekadar untuk rumah sendiri dan keluarga.. Saya bermula dengan belajar ilmu asas dari Puan Rogayah, dengan paten-paten asas yang kita pelajari dapat menghasilkan lebih dari sepuluh paten yang menarik.. bermula dengan membuat tail, 'v' paten, kemudian scallop menggunakan pola yang disediakan oleh puan, scallop pula ada 3 jenis, iaitu royal scallop (saiz biasa-45' dan saiz besar-60'), single scallop dan scallop biasa. saya diberikan tunjuk ajar menghasilkan eyelet curtain, box pleat, smoking dan diamond..dengan minat yang mendalam saya cuba menghasilkan paten-paten tersebut itu sendiri.

No comments:

Post a Comment