Thursday, July 28, 2011

Buku dan internet sebagai panduan dan rujukan.

Selain mendapat tunjuk ajar dan nota dari Puan Rogayah tentang asas paten2 langsir,
saya juga telah membeli beberapa buah buku hasil tulisan puan Noraini Margono.. paten-paten dari Puan Noraini sangat menarik. Kita boleh jadikannya rujukan dan panduan cara mudah menjahit langsir dan dapat memperolehi idea menghasilkan langsir yang diingini. Selain itu, saya juga merujuk laman-laman web yang berkaitan dengan langsir, bagi mendapatkan panduan untuk menghasilkan banyak lagi paten-paten langsir terkini yang pelbagai..

Dari asas hasilkan banyak paten

Assalamualaikum semua..lama sungguh blog ini ditinggalkan dek kerana kesibukan menjahit langsir, bukan banyak tempahan pun, sekadar untuk rumah sendiri dan keluarga.. Saya bermula dengan belajar ilmu asas dari Puan Rogayah, dengan paten-paten asas yang kita pelajari dapat menghasilkan lebih dari sepuluh paten yang menarik.. bermula dengan membuat tail, 'v' paten, kemudian scallop menggunakan pola yang disediakan oleh puan, scallop pula ada 3 jenis, iaitu royal scallop (saiz biasa-45' dan saiz besar-60'), single scallop dan scallop biasa. saya diberikan tunjuk ajar menghasilkan eyelet curtain, box pleat, smoking dan diamond..dengan minat yang mendalam saya cuba menghasilkan paten-paten tersebut itu sendiri.

Thursday, July 7, 2011

Kelas Jahitan Langsir Cara Mudah..

Berikut adalah kelas langsir yang telah saya ikuti. Untuk keterangan lanjut bolehlah klik di link di bawah..
http://www.http://kelasjahitanlangsir.blogspot.com/ atau http://http://www.facebook.com/pages/Kelas-jahitan-langsir-cara-mudah/105537622864283?sk=wall/

Bermulanya minat menjahit langsir..

Saya boleh diketegorikan seorang yang minat menjahit. Tapi bukan jahit pakaian, tapi jahit langsir. Kenapa langsir?..sebab langsir lebih mudah dan praktikal. Sejak di bangku sekolah lagi , mak telah mendedahkan saya tentang jahitan dan mula berjinak-jinak dengan mesin jahit. mak juga seorang yang pandai menjahit. Saya pernah menjahit langsir untuk rumah mak dan pernah mengambil tempahan langsir ketika saya masih menunggu keputusan SPM dan cuti semester semasa belajar di UiTM suatu ketika dulu.. Saya tak punya sijil atau pengikhtirafan dalam menjahit langsir hanya sekadar belajar melalui pengalaman dan pemerhatian. Hanya pada baru-baru ini saya ingin lebih aktif dan meneruskan minat saya dalam menjahit langsir, saya telah mengikuti kelas jahitan langsir cara mudah bersama Puan Rogayah Ghazali. Alhamdulillah berkat tunjuk ajar yang diberikan, saya sudah mampu menghasilkan beberapa pattern langsir sendiri. Buat permulaan atau 'come back' saya dalam dunia langsir, saya telah menjahit langsir untuk rumah baru saya, dan untuk rumah mak..

Blog hanya untuk langsir..

Assalamualaikum dan selamat datang semua, terutamanya kepada peminat-peminat langsir.. Saya juga salah seorang yang minat dalam menjahit langsir. Di blog ini saya ingin berkongsi tentang langsir, tidak kiralah pattern-pattern langsir terkini, cara-cara membuat langsir, maklumat untuk menempah langsir dan sebagainya.